Dunia telah berubah.

Perkara yang anak kita minati, masa yang mereka gunakan, cara mereka berinteraksi dengan kawan, nilai yang mereka pegang, keutamaan mereka … semuanya telah berubah.

 

Dulu kita berpendapat selagi anak kita berada dalam rumah mereka selamat kerana tidak kena tempiasan “budaya kuning”; terhindar dari pengaruh negatif rakan dan sekitaran.

 

Kini pandangan serupa itu sudah tidak boleh dipakai lagi. Rumah kita kini sudah dibolos 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun.

 

Kita mungkin tinggal di kawasan perumahan elit yang kononnya “gated” (berpagar) dan “guarded” (diawasi pegawai keselamatan), namun selagi rumah kita ada akses kepada internet dan ada talian telefon selain terbuka kepada rangkaian television (biasa atau kabel), maka selagi itulah di mana saja anak kita berada mereka sentiasa terdedah kepada pelbagai pengaruh – negatif mahupun positif !

 

Dalam buku Sentuhan Ibu Bapa (Ameen Publication, 2008) saya telah menyatakan: “Besar dan kukuh macam mana sekalipun pagar rumah, canggih dan hebat macam mana sekalipun sistem penggera keselamatan rumah; dan terpencil dan pedalaman macam mana sekalipun tempat tinggal kita … rumah kita sentiasa dibolosi dan ditembusi setiap hari. Kita hidup di rumah tanpa pagar – “gateless house” . Anasir luar masuk ke rumah kita menerusi beberapa sumber utama …

“Rumah tanpa pagar” adalah fenomena baru. Kalau dulunya rumah kita dibolosi oleh TV (dan radio), sejak 5 ke 10 tahun yang lalu ledakan teknologi ICT memungkin satu tsunami gelombang yang meresap masuk ke setiap ruang dalam dan luar rumah.

 

Anak-anak kita tidak boleh lari dari pengaruh ini. Sebaliknya mereka nampak serasi betul dengan fenomena baru ini. Teratas dalam senarai ialah pengaruh internet. Kalau dulunya pelajar dan remaja sukar mahu dipisahkan dengan TV, kini cengkaman TV tidak sekukuh dahulu kerana internet membekalkan segala-galanya.

Masalah yang wujud menjadi semakin ketara apabila masa belajar turut terhakis akibat terpaut dengan facebook, chatting, games serta memuat turun pelbagai perkara dari You Tube. Malah program kegemaran TV kini dapat diperolehi dari internet.

 

Dua orang penulis, John Palfrey (buku Born Digital) dan Douglas Rushkoff (buku Playing the Future) menghuraikan kebangkitan generasi baru yang melekat dengan internet sebagai “generasi digital”.

 

Mereka yang dilahirkan selepas tahun 1990an dikatakan “digital natives” kerana membesar ketika dunia ICT berkembang meluas dan pesat. Mereka serasi dengan perkembangan digital. Malah remaja kini bukan lagi dilabel sebagai “teenagers” tetapi “screenagers” kerana senantiasa di hadapan skrin seperti komputer, TV, telefon, ipad, ipod, PSP, kamera dsb.

Sementara itu pula, orang dewasa kini yang turut membiasakan diri dengan dunia digital dikatakan “penghijrah digital” manakala mereka yang masih fobia dan buta computer digelar sebagai “digital dinasour

Jadi jurang yang wujud di antara generasi ibu bapa dengan generasi anak-anak kini luas sekali. Fenomena ini tidak pernah wujud 20 atau 30 tahun lalu ketika ibu bapa kini menghabiskan zaman sekolah dan zaman lepasan sekolah mereka.

 

Umumnya pengalaman ibu bapa zaman dulu tidak sepenuhnya boleh membantu mereka membesar dan mendidik anak mereka. Zaman sudah berubah, masalah turut berubah dan penyelesaian kepada masalah juga telah berubah.

 

 

 

Dalam hal ini tepat sekali nasihat Sayyidina Omar r.a dan Sayyidina Ali r.a.  di atas. Ibu bapa perlu mencari haluan dan laluan baru dalam mendidik anak dalam dunia yang amat mencabar. Ibu bapa kini tercabar. Justeru itu kita mempersembahkan Seminar berikut:

 

 

Peluang mendidik anak sekali sahaja. Maka manfaatkan kesempatan itu sepenuhnya
Dr. Shukri Abdullah

 

Selamat Datang Ke Seminar
DUNIA MENCABAR,
IBU BAPA TERCABAR
Laluan Baru Dalam Mendidik Anak

Bersama Dr. Shukri Abdullah & Puan Khadijah Zakaria

 

Anak bukan sahaja satu anugerah, tetapi juga satu amanah dari Maha Pencipta. Keriangan yang diperolehi oleh ibu bapa apabila dikurniakan cahaya mata sebenarnya membawa bersamanya satu tanggung jawab besar dalam mendidik anak tersebut menjadi insan yang berguna.

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNya. Firman ALLAH s.w.t. : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15).

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (Maksud Al-Hadith )

InsyaAllah, Seminar ini dapat turut membantu ibu bapa melaksanakan amanah berkenaan dengan lebih berkesan.

Namun, oleh kerana tempoh pengendalian seminar yang terbatas (separuh atau satu hari sahaja) dan dalam usaha mengupas sesuatu perkara dengan lebih jelas dan mendalam agar dapat diamalkan dengan mudah, maka fokus kita lebih terarah kepada, walaupun bukan sepenuhnya, kepada usaha membantu anak agar cemerlang dalam bidang pelajaran – hatta fokus seminar ialah “membantu menyerlahkan potensi anak dalam pelajaran”

Di antara topik kecil seminar ialah:

1.    PENDIDIKAN: PELABURAN TERBAIK UNTUK ANAK

2.    DUNIA YANG SEMAKIN BERUBAH – STRATEGI KEibu_bapaAN PERLU TURUT BERUBAH

3.    STRATEGI UNTUK KEJAYAAN ANAK DALAM PELAJARAN

4.    TIP PENGURUSAN MASA UNTUK IBU BAPA

5.    TIP DISIPLIN MASA UNTUK ANAK

6.    MENANGANI ANAK ZAMAN DIGITAL – TERPAUT KPD KOMPUTER !

7.    BIJAK BERINTERAKSI DENGAN ANAK

 

Sebahagian dari bahan Seminar adalah berdasarkan temuramah Dr. Shukri Abdullah dan Puan Khadijah ke atas ibu_bapa Malaysian Top Students. Dalam usaha menulis buku mengenai pengalaman ibu_bapa membimbing anak cemerlang, kami juga berpendapat elok jika ia dikongsi terus dengan ibu_bapa dalam seminar.

Di antara yang telah ditemuramah termasuk ibu Nor Amalina - Johor, (17A1), ibu_bapa Azali - Kedah, (21A), ibu_bapa Nadiah Amirah - Johor (18A), ibu_bapa Siti Fatimah-Kelantan (18A), ibu_bapa Nik Nur Madihah - Kelantan (20A), ibu_bapa Quek Khai Ren - Pahang (16A1), ibu_bapa Norlaila Najwa - Johor (16A1), ibu_bapa pelajar kembar Iman dan Aiman - Kedah (kedua-dua 11A1) serta ibu_bapa G. Muneswaran - Kedah (15A1).

 

Kami juga berkesempatan menemurumah Pak Sulaiman Saipin (Tokoh Maal Hijrah Malaysia) dan Isteri, Wak Esah (Tokoh Ibu Mithali Malaysia), sepasang penoreh getah dari Kuala Ketil Ketil yang mempunyai 17 orang anak dan 14 daripadanya adalah graduan universiti.

 Buat pertama kalinya, saya dan Pn. Khadijah juga akan mencerita pengalaman kami mendidik dan membimbing 10 orang anak. Sekadar makluman anak pertama (lelaki) adalah graduan Universiti Malaya (usahawan e-learning), anak kedua (perempuan) pula mendapat ijazah pertama (B.Eng) dari USM dan kedua (M.Eng) dari Curtin University, Perth Australia sementara anak ketiga (perempuan) seorang pensyarah di Universiti Teknologi Petronas yang buat masa ini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D di University of Birmingham, UK. Beliau memperolehi ijazah pertama dari UTM (B.Sc) dan kedua dari George Washington University, Washington USA. Anak keempat (lelaki) pula bertugas sebagai engineer dan mendapat ijazah dari Plymouth University (B.Eng) dan yang kelima (perempuan) memperolehi M.Sc di Massey University, New Zealand dan kini sedang belajar di peringkat Ph.D di University College, London. Beliau memperolehi ijazah pertama (kelas pertama) dari UMS (Sabah). Anak yang keenam (perempuan) memperolehi Diploma dalam Bidang Kulinari sementara anak ketujuh (lelaki) adalah graduan dalam bidang Kewangan dan Perakaunan dari Infrastructure University, Kuala Lumpur dan anak kelapan (perempuan) pula sedang belajar di peringkat ijazah di UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) Kuala Terenganu. Sementara itu anak kesembilan (lelaki) sedang ikuti Kursus Perakaunan di Pusat Matrikulasi di kesepuluh (perempuan) masih bersekolah di Maktab Mahmud (cawangan Yan) di Tingkatan 5.

Pengalaman ini dapat kami kongsi bersama dengan para peserta bagi memantapkan lagi pembentangan dalam seminar ini nanti

The most important thing a father can do for his children is to love their mother,
and the most important thing a mother can do for her children is to love their father.
Anonymous

TESTIMONI

Baik dan sangat berkesan kepada ibu bapa.
Rahimah Aspan, Johor Bahru

Alhamdulillah secara keseluruhannya seminar ini berjaya dan banyak maklumat diperolehi untuk membimbing anak menjadi orang yang lebih cemerlang di dunia dan di akhirat.
Norhayati binti Mohd Arifin, Johor Bahru

Sangat baik kerana banyak maklumat baru yang saya perolehi untuk membantu saya memperbaiki prestasi anak saya.
Faridah binti Abdul Hamid, Alor Setar

Amat baik dan dapat memotivasikan ibu bapa bagi memperbaiki akan kesilapan dalam mendidik anak. Mudah-mudahan hubungan kekeluargaan bertambah rapat.
Rafizah Haji Said, Padang Serai, Kedah

Sungguh menarik dan banyak masalah dapat diselesaikan.
Mohd Zaid Abdullah, Penaga, Pulau Pinang

Cukup berkesan kerana telah membantu saya mendapatkan ilmu tentang cara / kaedah untuk membimbing anak supaya cemerlang dunia dan akhirat.
Rohaya Haji Mamat, Kuala Terengganu.

 AGENDA SEMINAR

A. SEMINAR SEHARI
Semenanjung Malaysia:                                        8.30 Pagi – 4.30 Petang
Sarawak, Sabah, WP Labuan & Brunei:           8.00 Pagi – 4.00 Petang

Penceramah: Dr. Shukri Abdullah / Puan Khadijah Zakaria

0830 – 1030 

Perasmian Seminar (Penganjur / Di mana berkaitan) Memperkenalkan Seminar Tujuan hadir seminar ?

 Memahami jangka hayat

Pendidikan – Pelaburan terbaik untuk anak

Dunia yang semakin berubah dan mencabar

Prinsip utama bimbing anak cemerlang (1)

1030 – 1100  

Rehat dan minum pagi

1100 – 1300 

Prasyarat kejayaan anak di sekolah (dalam pelajaran)

Tip pengurusan masa untuk ibu bapa

Tip disiplin masa untuk anak

Prinsip utama bimbing anak cemerlang (2)

1300 – 1415           

Rehat, Makan Tengah Hard dan Solat Zohor

1415 – 1630  

Bijak berkomunikasi denan anak

 Menangani anak zaman digital – komputer / internet

o     Tindakan susulan selepas seminar

o    Perbincangan / Rumusan Seminar

o     Doa selamat

B. SEMINAR SEPARUH HARI
Semenanjung Malaysia:                                        8.30 Pagi – 12.30 T/Hari
Sarawak, Sabah, WP Labuan & Brunei:           8.00 Pagi – 12.00 T/Hari

Penceramah: Dr. Shukri Abdullah

 0830 – 1000

Perasmian Seminar (Penganjur / Di  ana berkaitan)

Memperkenalkan Seminar

Pendidikan – Pelaburan terbaik untuk anak

Dunia yang semakin berubah dan mencabar

Prasyarat kejayaan anak di sekolah

1000 – 1030

Rehat dan minum pagi

 1030 – 1230

Tip pengurusan masa untuk ibu bapa

Tip disiplin masa untuk anak

Bijak berinteraksi dengan anak

Menangani anak zaman digital

Tip tindakan susulan selepas seminar

 

Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia akan belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan
cemuhan, dia akan belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan
permusuhan, dia akan belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan
hinaan, dia akan belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan
dorongan, dia akan belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan
pujian, dia akan belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan
rasa aman, dia akan belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan
dukungan, dia akan belajar menyenangi diri sendiri.
Jika anak dibesarkan dengan
kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menemukan cinta dalam hidupnya.
Jika anak dibesarkan dengan
toleransi, ia akan belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan
sebaik-baiknya perlakuan, dia akan belajar keadilan.
Penulis Tidak Diketahui

 

Mungkin kita pernah mendengar julukan yang diberikan Rasulullah s.a.w kepada Sayyidina Ali r.a. sebagai Pintu Ilmu (babul ’ilmi). Rasulullah s.a.w. berkata ”Aku adalah Kota Ilmu, sedangkan Ali bin Abi Thalib adalah gerbangnya”

Pernyataan Rasulullah s.a.w. ini menimbulkan perasaan iri hati kaum Khawarij terhadap Sayyidina Ali r.a. Dikisahkan mereka kemudian bersepakat menguji keilmuan Sayyidina Ali r.a.

Sayyidina Ali r.a. akan diajukan pertanyaan yang sama oleh 10 orang dari mereka tetapi beliau harus menjawab dengan 10 jawapan yang berbeza.

Mereka bertanya seorang demi seorang soalan yang sama, iaitu:
”Wahai Ali, istimewa manakah antara ilmu dan harta?”

Sayyidina Ali r.a. menjawab kepada:

Orang pertama : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta adalah warisan Qorun, Haman dan Fir’aun.

Orang kedua : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab ilmu selalu menjagamu, sedangkan engkau harus menjaga harta milikmu.

Orang ketiga : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab orang berilmu banyak teman, sedangkan orang berharta banyak musuhnya.

Orang keempat : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab ilmu bila di infaqkan semakin bertambah, sedangkan harta bila diinfaqkan semakin berkurang.

Orang kelima : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab orang berilmu dipanggil dengan sebutan mulia, sedangkan orang berharta dipanggil dengan sebutan hina.

Orang keenam : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab ilmu tidak perlu dijaga, sedangkan harta minta dijaga.

Orang ketujuh : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab orang berilmu dihari akhirat dapat memberi syafaat, sedangkan orang berharta dihari kiamat dihisab dengan berat.

Orang kedelapan : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab ilmu bila dibiarkan saja tidak akan pernah rosak, sedangkan harta bila dibiarkan mungkin rosak atau berkurang (mungkin juga habis dimakan)

Orang kesembilan : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab ilmu memberikan penerang di dalam hati, sedangkan harta dapat membuat kerusakan di dalam hati (seperti timbulnya sifat takabur, sombong,riya’, ingkar).

Orang kesepuluh : Ilmu lebih istimewa daripada harta, sebab orang berilmu bersikap lemah lembut dan selalu berbakti kepada Allah, sedangkan orang berharta, seringkali takabur dan ingkar kepada Allah.

Atas jawaban tersebut kaum Khawarij mengakui kealiman Sayyidina Ali r.a. dan mengakui kebenaran Sabda Rasulullah s.a.w.

Dan merekapun tunduk patuh pada Sayyidina Ali. Subhanallah…

 

If you have never been hated by your child you have never been a parent. 
Bette Davis

Your children need your presence more than your presents
Jesse Jackson

 

Simply having children does not make mothers. 
John A. Shedd

 

Kids spell love T-I-M-E.
John Crudele

 

Stop trying to perfect your child, but keep trying to perfect your relationship with him/her.
Dr. Henker

 

If I had my child to raise all over again,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging and less tugging.

Diane Loomans, from "If I Had My Child To Raise Over Again"

                                          

Selamat Berseminar

Kehalaman Utama

Untuk Paparan Terbaik Sila Gunakan Internet Explore 8 Keatas.
Hak Cipta Amalan Belajar Sdn.Bhd 2013
Pihak Amalan Belajar Tidak Bertanggungjawab Di Atas Kehilangan Data Pelawat