|
Bukan malas dan tak nak belajar … tetapi tiada sebab yang kukuh
kenapa mereka kena belajar !
Bukan bodoh … tetapi mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru
dalam kelas !
Bukan sengaja ponteng kelas … tetapi adakalanya pengajaran guru
terlalu hambar dan membosankan !
Bukan tak nak berjaya … tetapi mereka sendiri tiada matlamat yang
khusus untuk dikejar !
Bagi sesetengah pelajar pula bukan tidak rajin belajar … cuma
tidak tahu cara belajar betul !
ITU MUNGKIN SEBAHAGIAN DARI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR.
MAKA SEMINAR BIJAK BELAJAR INILAH JAWAPANNYA.
Apabila pelajar menghadiri Seminar Bijak Belajar, mereka akan
mendapat PENDEDAHAN serta DIBEKALKAN dengan MOTIVASI dan
STRATEGI BELAJAR yang mampu meletakkan diri mereka berdiri
SEBARIS dengan PELAJAR CEMERLANG kalau pun bukan di peringkat
nasional, sekurang-kurang menyerlah di peringkat negeri, daerah
atau pun sekolah.
MARI KITA TELITI PERKARA INI SATU PER SATU.
1.
Relevan
Seminar Bijak Belajar amat relevan dengan masalah yang dihadapi
oleh pelajar berdasarkan topik-topik utama yang dibentangkan
kepada pelajar.
Kesesuaian (relevancy) Seminar Bijak Belajar boleh dinilai
dengan meneliti tajuk-tajuk UTAMA yang terdapat dalam seminar
berkenaan.
TAJUK 1: PERTANGGUNGJAWABAN / AKAUNTABILITI:
TAJUK 2: STRATEGI BELAJAR MALAYSIAN TOP SCORER:
Sama ada pelajar sekolah rendah atau menengah dan kini pelajar
cemerlang, sederhana atau terkebelakang, semuanya boleh mendapat
faedah yang besar apabila memahami strategi belajar berkenaan.
Yang hebat perlu mengekalkan kehebatan mereka; yang sederhana
mesti meningkatkan prestasi manakala yang berada di bawah tidak
ada pilihan lain, kecuali mencari jalan untuk keluar dari lubuk
kegagalan.
TAJUK 3: MATLAMAT PEPERIKSAAN:
TAJUK 4: PENGURUSAN MASA:
TAJUK 5: MEMBINA MINDA JUARA:
TAJUK 6: DISIPLIN DIRI:
Dari paparan di atas, jelas sekali relevannya Seminar Bijak
Belajar dalam usaha memupuk kecemerlangan di kalangan pelajar.
2.
Manfaat
Kita tidak perlu berhujah panjang lagi. Dengan paparan enam
perkara teras (di atas), peserta sudah tentu akan memperolehi
banyak manfaat dari seminar yang disampaikan itu.
Mari kita dengar sendiri apa kata mereka yang telah ikuti
seminar ini … sama ada guru yang menguruskan program atau
pelajar yang ikut serta berseminar sehari bersama Dr. Shukri
Abdullah.
Pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh Dr. Shukri Abdullah
amat sesuai dan mudah difahami oleh golongan pelajar ...
Seharian bersama Dr. Shukri, tiada yang dapat menandingi program
beliau setakat ini. Modul beliau menepati keperluan pelajar
dalam menghadapi peperiksaan. Terima kasih dari warga SMKA Miri.
Sangat berpuas hati dengan seminar ini. Isi kandungannya dan
kesesuaian topik amat bagus.
Seminar Dr. Shukri GEMPAK. I love it. Thanks a million
Kebanyakan seminar fokus kepada “what to do”. Seminar ini berbeza
kerana ia juga fokus dengan jelas kepada “how to do”. Atas sebab
itulah ia amat berkesan dalam membantu pelajar meraih
kecemerlangan.
Sepanjang menyertai seminar Dr. Shukri, saya pasti akan mendapat
ilmu baru w/pun program yang sama telah saya hadiri sebelum ini
(dengan beliau). Strategi dan teknik belajar yang dikemukakan
amat berkesan untuk pelajar praktikkan. InsyaAllah jika ada
kesempatan saya akan terus ikuti program Dr. Shukri agar ilmu
yang diperolehi dapat dikongsi dengan anak didik saya yang tidak
berpeluang mengikutinya.
Dr. Shukri telah beberapa tahun membantu sekolah kami. Programnya
telah menyedar pelajar tentang kepentingan membuat persediaan
awal peperiksaan. Alhamdulillah, ada peningkatan prestasi yang
amat ketara di kalangan pelajar. Banyak kaedahnya telah
digunapakai oleh pelajar dan juga guru. Terima kasih Dr. Shukri.
Seminar ini lain dari yang lain. Ia cukup berkesan. Teknik
belajar yang diketengahkan amat berguna. Buktinya, anak saya
pelajar sekolah harian berjaya mendapat 9A SPM dan kini sedang
mengikuti kursus Perubatan.
With the great motivator whose kindness, sincere, creative,
crafty, wits and love … all things possible. He is none other
than Dr. Shukri Abdullah. My three sons benefitted under his
tutelage. They are successful now earning good income. They can
never forget him. Thank you. May Allah bless you.
Saya dapat faham dengan lebih mendalam tentang cara belajar. Cara
Dr. Shukri sampaikan ceramah amat berkesan dan memberi banyak
manfaat.
This program has woke me up from a long sleep. It taught me to
move forward ...in the correct way.
Seminar ini cukup baik. Terlalu perfect. Semangat saya kembali
naik .... Saya amat bersyukur. TQ Dr.
Sebelum seminar saya terasa tidak ada semangat untuk datang.
Selepas ini saya semakin berminat semula untuk belajar.
Can’t get enough of it. A maestro at work. Students of all levels
can connect with Dr. Shukri’s delivery style - educational AND
entertaining ! Invest in Bijak Belajar seminar. It’s worth it !
Rasa terhibur dan sentiasa bermotivasi menimba ilmu bersama Dr.
Shukri Abdullah. Yang penting, matlamat tercapai.
Bijak Belajar kendalian Dr. Shukri Abdullah sebenarnya telah
lama didedahkan kepada anak-anak IMTIAZ sebagai satu kaedah
pendekatan pembelajaran yang mampu mewujudkan suasana “learning
is fun”.
Memberi perangsang dan membakar semangat saya untuk berusaha
dengan lebih bersungguh-sungguh. Selitan pelbagai video yang
memberi pengajaran adalah sangat efektif.
Bagus, berkesan, magnificent, good, excellent, not boring
... perfecto.
Best giller ! I think this is the best seminar I’ve ever
attended. Penceramah sangat hebat (ikhlas giller). Kalau boleh
saya nak ikut seminar ni lagi.
Seminar yang amat baik. Persembahan yang cukup menarik ...
Seminar ini amat menyeronokkan.
COOL and BEST !
Keseluruhannya amat best. Slide show ... Amazing. Thanks a lot.
This is the first seminar that is so cool !
3. Penceramah
Dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang, hanya seorang
penceramah yang mengendalikan Seminar Bijak Belajar - sama ada
oleh Dr. Shukri Abdullah sendiri atau fasilitator yang
dilatihnya sejak lapan tahun lalu -- Azir Ismail atau Khairul
Asfani Nasir.
Mereka yang tidak pernah melihat “Dr. Shukri Abdullah in
action” atau pun persembahan hebat Azir atau Asfani
barangkali berkata penceramah akan lembik menjelang tengah hari.
Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dr.Shukri atau Azir atau
Asfani semakin lama semakin bertenaga sebenarnya ! Kerana
kesungguhan mereka memastikan peserta mendapat yang terbaik
serta pengalaman mereka yang banyak bersama pelajar dari
bermacam latar belakang [pelbagai jenis sekolah (sekolah harian,
MRSM, sekolah sains, SMKA, sekolah teknik, sekolah agama rakyat
/ swasta), rendah, menengah dan IPT serta pelajar dari pelbagai
tahap umur, kelainan bangsa dan kumpulan etnik dsb.] maka Dr.
Shukri Abdullah atau Azir atau Asfani bijak dan berjaya mengawal
peserta dengan baik.
Bagi Dr. Shukri, beliau bukan setahun dua terlibat dalam program
pembelajaran bersama pelajar, tetapi sudah hampir 20 tahun.
Beliau pula telah melatih Azir dan Asfani sejak lapan tahun yang
lalu. Mereka berdua amat arif dengan modul Bijak Belajar Dr.
Shukri Abdullah.
4.
Penyampaian
Dalam mengendalikan seminar SuperTeaching kepada para
pendidik, Dr. Shukri Abdullah selalu mengingatkan guru-guru
bahawa “A great teacher is also a great actor / actress”.
Oleh kerana beliau “walk the talk”, iaitu “cakap serupa
bikin” maka beliau serta Azir dan Asfani “bijak berlakon” di
hadapan peserta. Semuanya bertujuan untuk memastikan peserta
sentiasa terhibur sepanjang seminar.
Apabila mereka terhibur, tumpuan akan diberikan sepanjang
seminar. Kami amat tidak setuju dengan kecenderungan sesetengah
fasilitator yang suka memarah, menengking dan kadang kala (sama
ada di sedari atau tidak) memperkecilkan atau memperlekehkan
peserta dalam usaha mengawal majlis. Dalam situasi begitu
peserta “dipaksa memberi tumpuan” bukan “dididik memberi
tumpuan”.
Konsep “learning is fun” digunapakai sepenuhnya. Atas
sebab itu persembahan Dr. Shukri Abdullah dan Azir serta Asfani
kaya dengan pelbagai aktiviti menarik. Sedutan klip video
ringkas sama ada dari filem (wayang gambar atau dokumentari)
adalah satu kemestian selain pelbagai aktiviti menarik yang
membuat peserta “jatuh cinta” dengan seminar kelolaan mereka.
5.
Kos Pelaburan
“Mahal” atau “murah” adalah bersifat subjektif. Kereta BMW
adalah mahal berbanding dengan Honda Accord, malah jauh lebih
mahal jika diambil kira harga sebiji kereta Kancil ! Ada
sebabnya. Tidak ada siapa yang merungut tentangnya ! Kadar
penginapan di Hotel Hilton mungkin 2 atau 3 kali ganda kadar
yang dikenakan oleh Hotel Seri Malaysia, pun tidak ada siapa
yang complain !.
Justeru persoalan “mahal” atau “murah”nya yuran yang dikenakan
ke atas sesuatu seminar bukan semata-mata soal hanga. Ia harus
dilihat dari kacamata perbandingan seperti di atas. Yang lebih
hebat serta berkualiti sudah tentu lebhih tinggi harganya dari
sesuatu yang “biasa-biasa” saja.
Dalam konteks ini memandangkan (a) pengalaman luas mengendalikan
seminar oleh Dr. Shukri Abdullah serta fasilitator yang
dilatihnya (b) bahan seminar yang berkualiti tinggi berdasarkan
kajian dan bukan sekadar “main hentam-hentam” saja dan (c)
kesesuaian, keberkesanan dan lain-lain kehebatan seminar seperti
yang dinyatakan di atas, maka kadar yang dikenakan ini bukan
sahaja sangat berpatutan (berbanding dengan kualiti seminar
serta penyampainya), malah dianggap murah bagi mereka yang
pernah mengikuti serta mereka yang pernah menganjurkan seminar
berkenaan.
Malah jika dikompromi pada harganya, kualiti terpaksa dikompromi
juga ! Apakah ini yang kita kehendaki ? Seminar dianjurkan bukan
untuk menambah senarai aktiviti yang dijalankan supaya lapuran
tahunan kelihatan cantik tetapi lebih bertujuan untuk membawa
perubahan kepada pelajar – perubahan kearah kecemerlangan yang
diingini oleh semua pihak.
Awas, jangan terjerat dengan sindrom seperti terdapat dalam
pepatah Bahasa Inggeris, “You give peanuts, you get monkeys”.
AGENDA SEMINAR
Selamat Berseminar
Ikhlas /
2013
Dr. Shukri Abdullah
|