MOTIVASI / STRATEGI                       BELAJAR  &  PEPERIKSAAN  /  BUDAYA KERJA  /   PARENTING   /   SUPERTEACHING

Seminar Kursus Kem

www.drshukri.com    Tel : 04-4651130     H/P :  012-4232130      Faks: 04-4651131     Hubungi Kami / Contact Us: drshukri@ymail.com
 width=

 

 

 

Pecutan Akhir Peperiksaan
Ramai pelajar gemar belajar di saat-saat akhir. Mereka lazimnya berusaha berhabis-habisan dua tiga bulan terakhir menjelang peperiksaan. Tanpa bertujuan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian, Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan (SPAP) boleh membantu pelajar merancang aktiviti belajar dan menggunakan baki masa yang ada dengan lebih berkesan menjelang peperiksaan - UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM.

SPAP juga bertujuan untuk (a) memotivasi pelajar agar mengaktifkan diri sepenuhnya bagi merebut peluang yang ada sementara berkesempatan (b) membantu pelajar merancang aktiviti ulangkaji dan latihtubi agar peluang terbatas yang masih ada dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, (c) membekal tip-tip belajar agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tepat, cepat dan hebat, dan (d) memupuk sikap positif, semangat kental serta berdisiplin tinggi menjelang peperiksaan.